Farah Kicap
Hikmah ada dibelakang
Tuesday 21 October 2014 • 12:49 • 0 comments
Untuk setiap sakit yang pernah tersejarah aku letak garis dalam hubungan. Dalam mengenal aku, jangan terlalu dekat nanti kau terluka seperti mana aku selalu terluka atas sebab yang pernah dan selalu itu, aku pujuk diri, manusia takkan pernah sempurna.Aku juga bukan sesempurna ciptaan tuhan parut aku, bekas torehnya yang kau tak pernah ambil kira. Tuhan tahu aku susun jari. Letaknya kepercayaan aku, dindingnya tak teguh aku mahu kau tahu, yang bikin aku begini -
Manusia
aku butuh hubungan yang tak tercela
aku benci penipuan
aku benci pura-pura
aku benci si talam dua muka
mungkin salah aku, mengharap pada benda yang mustahil
dan mungkin balasan aku, lupa ayat ibu
lewat pesanan, ‘setiap masalah, cerita sama tuhan’
kau tahu kesan torehan yang pernah kau wujudkan dulu?
parutnya masih ada
kau fikir sakitnya hilang?
mana mungkin
sedang tuhan tak mahu aku ulang silap
dia ajar aku, hati-hati mengenal manusia
diberi sakit itu buat mengingatkan
Satu hari nanti, kau tanya mana silap kau bangun, sedar,
kau bukan anak kecil yang tak tahu mana letak salah sendiri. Dan aku, bukan jenis manusia yang suka ulang sebut silap orang mengira, menyenarai satu-satu salah kau yang mana. Aku mahu kau matang bukan sekadar menambah usia.
Kau, aku tetapkan sebagai satu pengajaran. Namun jangan pernah risau untuk luka parut aku itu masih ada doa aku selitkan kerna ada tuhan ajarkan pada aku,
‘yang berbuat baik mahu tidak, sabar, terima, dan balas dengan kebaikan’


PAST

O W N E R
Basic Biography

- Name : Nur Farah Hafizah Binti Abdullah
- Nickname : Just more comfortable, Farah
- Birthday : 07/August/1994
- Years : 19 years old
- Current City : Malacca
- Status : Azeem's
S O U L M A T E
I wish we can be together, Azeem Bin Abdul Rahman

Daisypath Anniversary tickers


C B O X


H I S T O R Y

  • Somewhere we know
  • One day, everything will crawl back up to you and ...
  • Stay strong and be a gangster forever.
  • Playing with someone's heart, is it so much fun?
  • I can fly
  • I need strength.
  • Freedom
  • A new beginning, my new beginning.
  • Kenapa EX?
  • Adakah ini kelukaan?

  • D' Credits
    © Skin by Nur Aliaa Header by Atiqah Jaidin. Image from . Do tell me if I do not credit yours. Don't open my page source!